Monday, 19 March 2018

Mukhriz Mahathir Senada dengan DAP Mahu Pecat Pegawai Tinggi Kerajaan



Benarlah kerisauan pihak Cuepacs terhadap manifesto PH sebelum ini. Menurut Cuepacs penjawat awam bimbang dengan pelaksanaan manifesto PH yang menyebabkan ramai akan hilang pendapatan.

Mukhriz Mahathir sendiri mengakui bahawa PH yang dikuasai DAP akan berbuat demikian (buang penjawat awam) jika mereka berjaya tawan Putrajaya.

Terang lagi bersuluh, Mukhriz Mahathir selaku "Perdana Menteri Harapan" Dr Mahathir Mohamad itu berkata langkah memecat pejawat awam yang tidak sehaluan dengan pembangkang selama ini merupakan perubahan pertama dilakukan sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan.

"Jika kami berjaya memegang kerajaan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, saya boleh masukkan dalam janji 30 hari pertama yang kami akan pecat semua pegawai-pegawai tertinggi kerajaan sedia ada yang memihak kepada Barisan Nasional." janji Mukhriz.

Memang benar para penjawat awam berada dalam kebimbangan jika PH menang Putrajaya. So, masih mahu sokong Pakatan Harapan buat apa?

Sumber

No comments:

Post a Comment