GEORGE TOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang bakal membariskan calon muda bawah 40 tahun untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata hampir 70% calon Gerakan pada PRU14 merupakan muka baru pertama kali bertanding pada pilihan raya.
“Kami juga akan menurunkan t3 calon wanita muka baru untuk beberapa kerusi yang dikenal pasti… secara keseluruhan, purata umur calon Gerakan tidak melebihi 38 tahun,” katanya kepada Bernama.
Beliau enggan menamakan kerusi bakal ditandingi Gerakan kerana senarainya calon belum dimuktamadkan.
“Ada kerusi bakal ditandingi Gerakan merupakan kerusi PKR dan DAP, jadi kami kena pantau dahulu pengumuman mereka sebelum mengumumkan calon kami,” katanya.
Pada PRU13, Gerakan bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 4 kerusi Parlimen namun gagal memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dengan 19 daripadanya diwakili DAP, 10 PKR, 10 Umno dan 1 PAS.
No comments:
Post a Comment