KUALA LUMPUR – Kemesraan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Datuk Seri G Gnanaraja seolah-olah sudah tidak dapat di sembunyikan lagi apabila satu lagi gambar keakraban mereka berdua didedahkan.
Kali ini, gambar antara suspek yang mendakwa dirinya ahli perniagaan berpengaruh, Datuk Seri G Gnanaraja kelihatan tersenyum dan gelak ketawa dengan Guan Eng di dalam sebuah kereta di percayai milik syarikat kontraktor pembinaan projek mega tersebut.
Guan Eng di lihat begitu gembira sekali bergambar ‘selfie’ dengan Gnanaraja dalam kenderaan tersebut yang turut didakwa dirakamkan tahun lalu sebelum transaksi sebanyak RM19 juta diberikan kepadanya melalui syarikat Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith).
Setiausaha Agung DAP itu juga kelihatan memakai pakaian korporat rasmi beliau dengan namanya jelas tertera sementara Gnanaraja pula berbaju batik.
Sebelum ini, sebuah lagi gambar di dedahkan Guan Eng bergambar mesra di kediaman rasmi Gnanaraja juga dipercayai di rakamkan antara Mei sehingga Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Guan Eng bukan sahaja melatah dan menuduh gambar tersebut adalah konspirasi jahat kerajaan BN malah baru-baru ini cuba mengaitkan hubungan Gnanaraja dengan pengamal media pro BN.
Ramai tampil mengkritik Guan Eng kerana Gnanaraja juga di percayai terlibat dengan pelbagai kes penipuan termasuk menipu beribu-ribu masyarakat India dalam skim cepat kaya melibatkan hampir RM80 juta kerugian.
Menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Guan Eng sudah tidak boleh melarikan diri lagi sebaliknya adalah lebih baik tampil memberi penjelasan.
“Adakah gambar ini juga satu kebetulan? Gnanaraja yang sedang disiasat oleh SPRM kerana suapan RM19 juta untuk menutup kes terowong bawah tanah tidak di kenali oleh Guan Eng?
“Kalau sebelum ini, dalam rumah Gnanaraja kini dalam kenderaan ‘rasmi’ pula? Kedua-dua gambar ini sudah jelas menunjukkan mereka berdua sangat rapat.
“Apa lagi pembohongan Guan Eng? Gambar siapa pula yang hendak didedahkan oleh Guan Eng kali ini untuk tutup pekung dadanya? Jangan tipu kami lagi Guan Eng,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment