Datuk Seri Zainal Abidin Osman |
GEORGE TOWN, 3 Dis – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
didakwa terus menyembunyikan fakta sebenar berhubung penjualan tanah di negeri
ini, bagi mendapatkan pulangan lebih besar.
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Lim
dilihat terus memutarkan cerita fiksyen dengan menyatakan kerajaan Dap Pulau
Pinang hanya menjual 106.1 ekar tanah sejak 2008 sehingga kini.
“Ketua
Menteri juga dakwa peroleh pulangan lebih besar untuk penjualan tanah-tanah
berbanding pulangan diperoleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Beliau (Lim) terus menyembunyikan fakta sebenar daripada pengetahuan rakyat.
“Kerajaan
negeri BN terdahulu hanya memberi ‘HAK MENEBUS GUNA LAUT’ untuk Projek Tambakan
Seri Tanjong Pinang (STP) di Tanjong Tokong, Jelutong Expressway kepada IJM dan
pesisir Bagan Ajam kepada Kumpulan Rayston.
“Lim
membuat perbandingan salah; “menjual tanah sedia untuk pembangunan dengan
memberi hak menebus guna laut adalah tidak sama”. Projek tebus guna laut
diluluskan kerajaan BN terdahulu bukan memberi pulangan dalam bentuk tunai
sahaja. Pulangan kewangan kepada kerajaan negeri bagi projek tambakan STP di
Tanjong Tokong bukan juga hanya RM1/kps sebagai bayaran untuk hak menebus guna
laut (jumlah RM42.7 juta) sebagaimana didakwa,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Lim
sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri era BN sebelum 2008 mengutip
RM1.0586 bilion hasil melalui penjualan 3,661 ekar tanah, manakala kerajaan
Pakatan Harapan Pulau Pinang pada masa ini, pula menjual 106.1 ekar tanah,
tetapi berjaya mendapat hasil lebih tinggi sebanyak RM1.1102 bilion.
Lim
juga dilaporkan berkata beliau menafikan dakwaan pihak tertentu mengatakan
pentadbirannya terpaksa menjual tanah serta memperdagang aset negeri demi
menampung perbelanjaan mengurus kerajaan negeri yang kian meningkat.
Mengulas
lanjut, Zainal Abidin berkata mengikut perjanjian konsesi, kerajaan negeri
Pulau Pinang akan memperoleh tanah siap ditambak seluas 110 ekar.
“Tanah
110 ekar inilah digunakan kerajaan Pulau Pinang untuk membayar kontraktor
projek Terowong Bawah Dasar Laut dan tiga jalan utama bernilai RM6.3 juta. Oleh
itu, pulangan daripada projek STP bukan RM42.7 juta saja…ia lebih daripada
RM6.3 bilion,” katanya.
Zainal
Abidin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
berkata projek tambakan laut Seri Tanjong Pinang, Jelutong Expressway turut
melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan lebuh
raya.
“Penambakan
laut di Bagan Ajam akan menyediakan tanah untuk projek pembesaran Northern
Butterworth Container Terminal,” katanya.
Selain
itu, katanya kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap itu juga menjual tanah tapak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin untuk
pembinaan hospital-hotel swasta manakala tanah tambakan Bayan Mutiara dijual
kepada pemaju hartanah swasta bagi pembinaan rumah-rumah mewah yang tidak
menguntungkan rakyat.
“Bukan
kerajaan Pulau Pinang saja jual tanah. Menurut jawapan kepada soalan di Sidang
Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
juga menjual banyak tanah dan bangunan kepada pemaju-pemaju swasta berjumlah
lebih RM750 juta. Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang
Perai juga terlibat dalam penjualan tanah dan aset-aset lain.
No comments:
Post a Comment