14 NOV: Pembangkang bukan sahaja tidak
malu tetapi ditempelak kerana tidak menyokong Bajet 2018 yang diluluskan pada
peringkat dasar semalam.
Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membidas Ahli Parlimen
PKR Bayan Baru Sim Tze Tsin yang tanpa segan silu mengemukakan soalan tambahan
memohon kerajaan memberi RM2 bilion bantuan wang luar jangka kepada Pulau
Pinang yang baru-baru ini ditimpa bencana banjir 5 November lalu.
“Yang
Berhormat (YB) Bayan Baru minta bantuan RM2 bilion untuk Pulau Pinang, tapi
kenapa YB tak sokong bajet 2018 semalam. Bajet 2018 semalam patutnya disokong
oleh semua pembangkang, tapi bukan sahaja menentang tetapi minta buat belah
bahagi undi pula,” bidas Shahidan.
Beliau
berkata demikian pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, Selasa.
Jelas
Shahidan, kerajaan tidak pernah memberi bantuan wang luar jangka kepada
Kelantan dan Terengganu ketika dua negeri terbabit dilanda bencana banjir
seperti yang didakwa oleh Tze Tsin.
Malah
kata Shahidan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
bertungkus lumus membantu memulihkan kehidupan mangsa-mangsa banjir di
kedua-dua negeri berkenaan pada banjir 2014 lalu.
“Perlu
diperjelaskan perkara itu tidak betul dan kerajaan tidak pernah memberinya
kepada Kelantan dan Terengganu.
“NADMA
hanya membantu mangsa-mangsa banjir pada 2014 lalu dengan membina semula rumah
mereka, banjir itu adalah terbesar dalam sejarah melibatkan 650,000 mangsa
ketika itu,” jelas Ahli Parlimen Arau itu.
Bagaimanapun
Shahidan menjelaskan bahawa keputusan pemberian wang bantuan luar jangka itu
bukan dalam bidang kuasa beliau dan perkara itu akan dibincangkan oleh pihak yang
lain.
“RM2
bilion bantuan wang luar jangka itu, perkara ini akan dibincang di tempat lain
bukan ditempat saya.
“Tapi
saya kesal dengan yb dan rakan-rakan pembangkang yang tidak menyokong bajet
semalam tapi tahu pula meminta peruntukan wang tersebut,” selar Shahidan lagi.
Terdahulu
Shahidan menegaskan NADMA berpuas hati dengan tindakan pantas dan efisien
pasukannya dalam memberi bantuan menyelamat kepada semua mangsa banjir di Pulau
Pinang.
“Pengurusan
banjir pada kali ini dibuat dengan baik dan kita telah bersiap siaga menghadapi
banjir kali ini,” katanya.
Sementara
itu, Shahidan ketika menjawab soalan asal daripada Ahli Parlimen Tasek Gelugor
Datuk Shabudin Yahaya menegaskan pembangunan yang rancak selepas tahun 2008
telah memusnahkan ekosistem dan ekologi di Pulau Pinang serta perairan
sekitarnya melalui pembangunan di cerun atau lereng bukit dan kerja penambakan
laut.
Katanya,
struktur seperti parit dan saliran tidak dinaik taraf seiring dengan
pembangunan dan tidak dapat menampung kapasiti yang semakin meningkat.
“Infrastruktur
parit dan saliran ini perlu dinaiktaraf dengan sewajarnya.
“Pengurusan
kawasan tadahan hujan kerana pembangunan mengurangkan keupayaan tanah untuk
menyerap air. Ini menyebabkan air larian bertambah.
“Dalam
keadaan banjir baru-baru ini air turun bersama selut..airnya berwarna kuning.
Inilah akibat pemotongan bukit,” katanya.
No comments:
Post a Comment