Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer yang membangkitkan isu tersebut mendakwa harga durian yang terlalu tinggi pada hari ini adalah berpunca daripada tindakan kerajaan Persekutuan yang mempromosikan dan mengeksport raja buah itu ke China.
Beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya memperkenalkan diskaun khas pembelian durian dengan menggunakan kad I Love Penang. Rayer menyalahkan penjualan durian kepada pelancong asing menyebabkan harga durian tinggi. Rayer juga menuding jari kepada kerajaan persekutuan dan PM yang mengeksport durian ke negara luar.
Sebelum Itu, YB Seri Delima RSN Rayer mencelah, ketika Exco Pertanian menjawab tentang harga durian:
"Rakyat Pulau Pinang tidak dapat memakan buah durian sebab harga mahal setelah dikenakan GST..."
Ketika rakyat Pulau Pinang baru mahu bangkit dari musibah banjir, di saat mereka perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membaiki barang-barang elektrik yang rosak, kereta pula terpaksa dihantar ke bengkel kerana dimasuki air, isu harga DURIAN pula yang diutamakan Rayer.
Dalam pada itu, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) pula menyifatkan Rayer sebagai 'seorang joker' kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Kenyataan Jahara itu menyebabkan Rayer memanggilnya sebagai 'kurang ajar'.
Pengerusi Jawatankuasa Industri Pertanian dan Asas Tani Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya) berkata permintaan dan bekalan durian menentukan harga buah tersebut kerana ia bukan produk terkawal.
Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang memberi amaran kepada Rayer dan Jahara supaya duduk atau mereka akan diperintah keluar dewan.
"Durian adalah topik yang menarik, jadi mengapa anda bergaduh mengenainya," kata Law.
"Saya fikir ia sepatutnya menjadi isu remeh-temeh yang tidak patut dipolitikkan," kata Afif.
No comments:
Post a Comment