Tuesday, 28 November 2017

Penutupan Lapangan Terbang Bali Dilanjutkan

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Denpasar, Bali untuk tempoh 24 jam.
Penutupan itu susulan letusan Gunung Berapi Agung yang mula mengeluarkan debu.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, laporan pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan laluan penerbangan pesawat tertutup oleh debu gunung berapi.
Penutupan dijangka berakhir menjelang pukul 7 pagi waktu tempatan pada 29 November.
Dalam notis berasingan menunjukkan Lapangan Terbang Lombok dibuka semula selepas ditutup sepanjang malam susulan letusan gunung berapi tersebut. - mStar

No comments:

Post a Comment