KUALA LUMPUR 20 Nov.
- Lebih ramai pegawai perubatan dan anggota kumpulan sokongan akan ditempatkan
di Klinik 1Malaysia secara berperingkat di seluruh negara.
Timbalan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kementerian telah menempatkan
beberapa pegawai perubatan termasuk Penolong Pegawai Farmasi secara tetap di
102 Klinik 1Malaysia sehingga 30 September lalu.
“Kementerian sentiasa
berusaha menambah baik perkhidmatan di Klinik 1Malaysia kerana penerimaan yang
sangat baik dalam kalangan masyarakat.
“Pada 2015, sebanyak
6,092,332 pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dan jumlah itu
meningkat kepada 6,472,001 pesakit pada tahun lalu,”
katanya ketika menjawab
soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang ingin mengetahui mengapa masih banyak
Klinik 1Malaysia tidak mempunyai doktor semasa sesi soal jawab dalam sidang
Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menambah,
sehingga Ogos lalu pula, sebanyak 4,445,828 pesakit telah mendapatkan rawatan
di Klinik 1Malaysia. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment