UTTERWORTH 10 Okt. - Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Ahad ini.
Perwakilan DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ini kerana Ketua Menteri itu ketika ini sedang berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Ujar Asoghan, Guan Eng perlu ‘bekorban’ bagi memastikan maruah parti itu tidak terjejas selain mematuhi prinsip Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang diperjuangkan beliau selama ini.
“Pada masa sama, ahli-ahli akar umbi juga menuntut Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya tidak bertanding kerana beliau telah berada dalam parti lebih 50 tahun, sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment