MCA menyifatkan Kerajaan DAP Pulau
Pinang gagal melaksanakan perancangan dan pentadbiran berkesan walaupun sudah
memerintah selama sembilan tahun.
Presidennya,
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sehingga kini Ketua Menteri, Lim Guan Eng
berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu berhubung isu rakyat yang gagal
diselesaikan.
Ujar beliau, Guan Eng tidak dapat
memberikan pembangunan kepada rakyat negeri ini walaupun sebelum ini DAP
menabur pelbagai janji.
“
Beliau cuba memanipulasi isu di negeri ini yang mana perkara ini sudah
berlarutan sejak sekian lama termasuk dalam isu banjir. Rakyat sudah muak
dengan permainan politik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Konvensyen MCA negeri di Pulau Pinang semalam.
Katanya,
sikap berkenaan hanya memusnahkan negeri ini kerana pelbagai masalah lain
seperti kesesakan lalu lintas dan isu alam sekitar juga tidak dapat
diselesaikan oleh DAP.
Sementara
itu, beliau menjelaskan MCA sudah menyerahkan senarai nama calon parti berkenaan
yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14 kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penelitian.
No comments:
Post a Comment