Tuesday, 19 September 2017

Mahathir Kena Akui Yang Johor Ada Sejarah Hitam Dengannya


Mahathir perlu akui yang dia mempunyai sejarah gelap di Johor...rakyat Johor sendiri tidak gemar sikap buruknya yang mahu menjadikan Johor untuk ikut acuannya..

Kemajuan Johor umpamanya projek forest city dikritik Mahathir kononnya mahu membawa pendatang dari China..jambatan bengkok idea kuno Mahathit..

Sultan Johor sendiri tidak berkenan terhadap individu yang memburuk-burukkan negeri Johor..ikuti kisah di bawah yang mana hanya sehelai daripada lipatan sejarah Mahahir dan Johor...


MAHATIR DI MALUKAN DI JOHOR BHARU.

Tan Sri Shahrir Samad pernah keluar Umno di zaman Tun Mahathir.

Bukan setakat beliau keluar Umno, malah beliau mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket bebas lawan calon yg diletakkan oleh Mahathir di Parlimen Bandar Johor Bharu.

Shahrir membuat kejutan tersebut pada tahun 1988, kira-kira 7 tahun selepas Tun Mahathir menang tipis ketika dicabar Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan agung UMNO 1987 dan selepas beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Ketika itu, kedudukan politik  Tun Mahathir sangat goyah dan kemelut yang dihadapi jauh lebih teruk berbanding apa yang Presiden UMNO hadap sekarang. UMNO diharamkan dan Mahathir menubuhkan UMNO ‘baru’. Sokongan terhadap Mahathir sangat rendah ketika itu sama ada di dalam parti, mahupun dari sudut pandang rakyat .

Shahrir membuktikan betapa goyahnya sokongan rakyat terhadap Tun Mahathir apabila membuat kejutan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN Johor Bharu dan mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung.

Keputusannya Tan Sri Shahrir telah mengalahkan calon Mahathir dengan majoriti yang sangat besar walaupun ketika itu Mahathir sendiri yang mengemudi kempen Prk tersebut.

Namun begitu, selepas dimalukan Shahrir sebegitu teruk sekali, Mahathir tetap enggan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, apatah lagi melepaskan jawatan Perdana Menteri yang beliau sandang. Alasannya mudah, hanya pengundi Johor Bharu saja yang tidak suka pada Mahathir dan kerana itu tidak perlulah dia meletak jawatan.

Mungkin Tun Mahathir boleh lupa kejadian tersebut,
tetapi sejarah tetap tidak boleh terpadam begitu sahaja.
Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling lemah di dalam lipatan sejarah politik Malaysia.

Teruskanah kamu berbangga dengan KLCC kamu wahai Tun Mahathir .
Semoga KLCC mampu memenangkan kamu pada Pru 14 Nanti.

Omong Bibik

No comments:

Post a Comment