Wednesday, 20 September 2017

Kenapa Kita Boleh Rasa Ngilu Bila Dengar Bunyi Sesuatu?



Memang tak boleh tahan rasa ngilu ni.

Ish! Tak bolehlah dengar bunyi papan hitam, sudu garfu, bunyi kerusi, bunyi styrofoam ni. Naik segala bulu roma.
 Ngilu!


Siapa rasa telinga dia jenis yang sensitif sangat? Tak boleh langsung dengar bunyi-bunyi tu. Rasa nak lari je dari
 situ dan rasa nak pukul je orang yang buat bunyi yang sangatlah tak menyenangkan tu. Kadang-kadang
 bayangkan bunyi tu je pun dah boleh buat rasa ngilu.

Pernah tak terfikir macam mana boleh ada rasa ngilu? Dan perasan tak yang bukan semua orang akan rasa 
ngilu pada benda yang sama?

Ada penjelasan secara saintifik kenapa kita rasa ngilu dan meremang bulu roma kalau dengar bunyi-bunyi
 tertentu. Nak tahu?

Sebenarnya, perasaan ngilu ini terjadi disebabkan oleh tindak balas tubuh badan anda apabila mendengar 
bunyi yang berada dalam lingkungan frekuensi tertentu.


Walaupun bukan anda sendiri yang menggoreskan kuku di atas permukaan kasar, mendengar bunyinya sahaja
 pun sudah cukup untuk menimbulkan rasa ngilu. Kebanyakan orang menganggap bunyi ngilu sebagai suatu
 bunyi yang menusuk dan menakutkan. Perasaan ngilu ini berlaku dalam tempoh yang tidak lama, ianya akan
 hilang apabila bunyi tersebut berhenti.

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa bunyi-bunyian ngilu ini mempunyai frekuensi yang sama seperti
 tangisan bayi dan jeritan manusia. Malah, ada juga yang berpendapat bentuk saluran telinga manusia dan 
persepsi seseorang itu juga merupakan faktor yang boleh mempengaruhi perasaan ngilu tersebut.

Pada tahun 1986, para saintis dari Universiti Northwestern menguji teori ini dengan merakam bunyi gesekan
 paku pada papan hitam dan mengubah beberapa frekuensi daripada bunyi yang dihasilkan.

Responden kemudiannya diminta untuk menilai bunyi-bunyian tersebut dan hasilnya, mereka mendapati bahawa menghapuskan frekuensi tertinggi tidak meningkatkan rasa ngilu. Sebaliknya, apabila mereka mengalih keluar
 frekuensi bunyi dari spektrum rendah dan pertengahan, responden memberikan penilaian yang lebih positif 
terhadap bunyi tersebut.


Selain itu, kajian pada tahun 2011 turut mendapati bahawa perasaan ngilu ini menandakan wujudnya tindakbalas tekanan (stress)

Melalui sebuah penelitian yang dibuat Profesor Michael Oehler di Jerman, bunyi yang paling sensitif pada
 pendengaran manusia bukanlah dari frekuensi yang paling tinggi atau pun yang paling rendah, tetapi buny
i yang berada dalam lingkungan 2,000 ke 4,000 Hertz.

Tindak balas ini dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap degupan jantung, tekanan darah serta konduktivit
i elektrik pada kulit. Yang mana membuktikan wujudnya perasaan stress apabila mendengar bunyi yang berada
 dalam linkungan frekuensi tersebut. Sebab itulah, jika anda perasan, setiap kali rasa ngilu, jantung akan 
berdegup kencang dan bulu roma seakan-akan meremang.


Bukan sahaja bertindakbalas pada kulit, bunyi-bunyian ngilu ini juga dapat mencetuskan interaksi di antara dua bahagian di dalam otak.


Kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Neuroscience pada 2012 ini menjelaskan tentang apa yang terjadi
 pada bahagian otak manusia apabila mendengar bunyi yang membuatkan rasa ngilu. Penelitian tersebut 
menunjukkan bahawa bunyi torehan kuku pada papan hitam telah mencetuskan interaksi antara dua bahagian
 di dalam otak.

Kajian yang melibatkan 13 responden serta 74 jenis bunyi yang berbeza ini menggunakan kaedah functiona
l magnetic resonance imaging (fMRI) bagi memeriksa respon otak terhadap bunyi yang didengari. Hasilnya, 
apabila terdengar bunyi yang tidak menyenangkan, wujud interaksi di antara korteks auditori – memproses pendengaran, serta amygdala – memproses emosi negatif. Jadi sekiranya kita terdengar bunyi sesuatu yang 
ngilu, ianya adalah seolah-olah isyarat amaran dihantar dari amygdala ke korteks pendengaran kita.


Tambah Sukhbinder Kumar dari Universiti Newcastle, semakin ngilu sesuatu bunyi itu, semakin tinggi interaks
yang berlaku di antara dua bahagian otak tersebut. Hasil kajian ini turut membuktikan bahawa pendengaran
 manusia sangat peka terhadap bunyi pada frekuensi di antara 2,000 sehingga 5,000 Hertz; hampir menyamai 
hasil kajian pada tahun 2011 di Jerman.

Berdasarkan 74 jenis bunyi yang diperdengarkan, berikut adalah carta lima jenis bunyi paling tidak disenangi
 (ngilu) oleh responden:

1. Bunyi pisau pada botol
2. Bunyi garfu pada kaca
3. Bunyi kapur pada papan hitam
4. Bunyi pembaris pada botol
5. Bunyi paku pada papan hitam

Manakala antara bunyi yang mendamaikan berdasarkan pandangan responden ialah bunyi air mengalir, bunyi 
guruh serta suara bayi yang sedang gelak.


Jadi selalunya anda akan rasa ngilu bila dengar bunyi apa? Kongsikan bersama kami pada bahagian komen di
 bawah!- says


No comments:

Post a Comment