Wednesday, 20 September 2017

Kamus Baru PPBM Definisi "TIDAK TAHU"



Ayat “tidak tahu” ini amat berguna masa sesak dan tersepit. Lihat bagaimana Anwar gunakan ayat “bukan saya”, “macam saya tetapi bukan saya”… itu “pelakon Thailand”.

Dalam kes di atas, akhirnya Anwar berjaya meredakan kes video seorang lelaki yang miripnya beraksi dengan China Doll. Biarpun video itu jelas sekali. Namun ayat ayat dia atas berjaya selamatkannya. Itu kalau kantoi video.

Kalau kantoi duit hilang macam mana pula? Ada bos tuduh anda songlap duit, curi duit atau duit baki tiada langsung. Lagi senang, jawab sahaja “saya tidak tahu”. Anda pasti selamat dunia dan akhirat.

Lagi menarik kalau cakap begitu pada mereka yang tuduh anda bila kes berkaitan kehilangan wang. Untuk tujuan tujuan lain, boleh gunakan ayat “tidak tahu” ini mengikut kamus berikut.

Selamat mencuba dan selamat melepaskan diri bila dilanda kemelut berkaitan wang hilang. Jangan khuatir hilang RM3.20 sen ke, tak cukup RM32 ke atau short dalam akaun RM320. Cakap sahaja “saya tidak tahu”..



Dipetik daripada : TATJ

No comments:

Post a Comment