Tuesday, 8 August 2017

“KEWUJUDAN PATUNG-PATUNG BERHALA, ADAKAH PIHAK PEMAJU SENGAJA TIDAK MEMAHAMI SENSITIVITY AGAMA

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG SERAI
7 Ogos 2017

“KEWUJUDAN PATUNG-PATUNG BERHALA, ADAKAH PIHAK PEMAJU SENGAJA TIDAK MEMAHAMI SENSITIVITY  AGAMA ”

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai kesal dengan tindakan daripada pihak Aman Desaku yang seolah-olah sengaja tidak memahami sensitiviti agama yang diamalkan di Negara kita semenjak merdeka lagi.

2. Terbaru ditemui terdapat beberapa  patung-patung berhala di DESAKU bersebelahan Desa Aman, Ianya terletak di tempat awam yang boleh menyebabkan ramai pihak-pihak bebas untuk manfaatkan kehadiran patung-patung tersebut tanpa menyedari isu aqidah.

2. Pihak terbabit perlu mengetahui bahawa bagaimana Aqidah remaja-remaja dan kanak- kanak kita akan rosak tanpa mengetahui disebalik maksud sebenar tujuan dibina.
hari ini Saya juga ada meletakkan satu status melalui perkongsian daripada akaun laman Facebook milik siakap keli, ternyata ramai netizen yang tidak peduli  dan ada setengah pihak yang marah kerana merasakan perkara ini tidak merosakkan aqidah, bahkan ada yang menyindir  sekadar bergambar tidak mengapa, perlu diingat perkara ini saya sangat bimbang kalau pihak terbabit masih  membisu dan memekakkan telinga  dengan tidak mengambil apa-apa tindakan.

3. Pihak kami sekali lagi memohon kepada pihak yang bertanggungjawab supaya dapat bertindak segera demi menjaga sensitiviti agama, dan kami tidak   biarkan Aqidah Umah islam terus rosak dek kerana  kewujudan berhala- berhala moden ini

4. Saya menyeru kepada semua khususnya umat Islam di Kawasan Padang Serai ini bersama dengan kami  Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai dalam usaha untuk memelihara Aqidah umat Islam.

Yang Benar

USTAZ NASRUN OSMAN
KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG SERAI

No comments:

Post a Comment