Politik Malaysia memasuki era baru selepas 'zaman' mendedahkan kekayaan menjadi permainan ahli politik negara termasuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Zahid Hamidi memiliki kekayaan RM230 juta sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.
Persoalan dilontarkan kepada mantan Perdana Menteri serta Presiden UMNO selama 22 tahun itu adalah mengapa baru sekarang Dr Mahathir mendedahkan isu berkenaan sungguhpun mengetahuinya sejak sekian lama.
"Persoalannya adalah, adakah ianya bermoral dan beretika bagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mendedahkan aset yang dideklarasi oleh individu dibawah kuasanya?
"Deklarasi ini, walaupun tidak dikategorikan sebagai rahsia rasmi, tidak pernah didedahkan kepada orang awam," kata kolumnis mole.my, Aziz Hassan.
Tambahnya, sekiranya wujud pertiakaian terhadap kekayaan Ahmad Zahid, mengapa Dr Mahathir tidak melaporkan kepada Agensi Anti Rasuah (kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ketika masih berkuasa selaku Perdana Menteri.
"Tetapi sungguhpun apa yang telah dilakukan oleh Mahathir, tidak bermakna kekayaan beliau dan anak-anaknya yang melibatkan diri dengan perniagaan untuk suatu tempoh masa lama perlu disiasat.
"Jika menjadi kaya adalah alasan mencukupi untuk disiasat, bayangkan jumlah rakyat Malaysia yang perlu disiasat. Perlu ada sebab yang kukuh dan bukti memulakan siasatan.
"Apa yang lebih lucu adalah orang yang menggesa siasatan dilakukan sendiri adalah orang kaya. Dunia dunia," katanya lagi.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid memiliki RM230 juta ketika masih bergelar Ketua Pemuda UMNO.
Kenyataan itu merupakan serangan balas Pengerusi Pakatan Harapan itu ekoran Ahmad Zahid mendedahkan nama sebenar bekas Perdana Menteri berkenaan 'Dr Mahathir Iskandar Kutty' berasal dari India.
Tampil membidas pendedahan Dr Mahathir ke atas Ahmad Zahid, Ahli Majilis Tertingi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kekayaan dimiliki oleh Timbalan Perdana Menteri itu diperoleh hasil daripada perniagaannya.
"Timbalan perdana menteri mendapatkan kekayaannya apabila beliau melepaskan jawatan sebagai setiausaha politik dan menumpukan kepada perniagaannya.
"Walaupun begitu, kekayaannya tidak mencecah RM230 juta. Jika orang lain boleh menjadi kaya dengan menjalankan perniagaan, jadi apa salahnya beliau buat sedemikian?" kata Nazri dipetik The Star Online.
- mD
No comments:
Post a Comment