Monday 17 July 2017

Waspada Kes Penipuan Urusan Jual Beli Dalam Talian


WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berhati hati dengan urusan jual beli dalam talian. Sebanyak 1,428 aduan berhubung penipuan urusniaga dalam talian diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2017.
Gambar hiasan. Sumber : Blog Khairul
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata beberapa senario melibatkan penipuan atas talian seperti pesanan berbeza daripada barangan yang diterima, bermutu rendah, dan caj yang mahal dari apa yang tertera dalam iklan serta berbagai-bagai kes yang dialami pembeli.
Pengguna boleh merujuk dan membuat aduan kepada KPDNKK sekiranya menjadi mangsa tipu atau memfailkan tuntutan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan selanjutnya.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati semasa membuat urusniaga dalam talian antaranya dengan menyemak harga dan rekod penjual.
SUMBER :


No comments:

Post a Comment