PULAU PINANG, 26 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau
Betong, Datuk Sr. Muhamad Farid Saad berkata, sebelum pembangkang menuduh
Parlimen sengaja menyembunyikan keterangan mengenai isu 1MDB, adalah lebih baik
mereka cermin dulu Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Jelas
beliau, pembangkang mungkin lupa bagaimana Sidang DUN negeri itu menolak usul
yang pernah di bawa oleh wakil Barisan Nasional (BN) yang meminta Ketua Menteri
Lim Guan Eng bercuti berikutan kes rasuah yang dihadapinya.
“Jadi,
sebelum pembangkang mahu mempolitikkan sidang Parlimen maka adalah lebih baik
mereka ingat dan cermin dulu bagaimana mereka jalankan sidang DUN.
“Slogan
Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri
Pulau Pinang sebagai asas kepada dasar pentadbiran sebenarnya sudah dianggap
mati. Mereka sibuk tuding jari kepada pihak lain tetapi mereka tidak
nampak betapa mereka sebenarnya berat sebelah,” ujarnya
Tambah
Farid, kerajaan negeri Pulau Pinang juga sebelum terus mempertikaikan isu 1MDB,
mereka perlu menjawab persoalan berkaitan status 51 buah projek yang pernah
dibangkitkan dahulu.
“Dulu
saya pernah tanya status 51 buah projek yang dicadangkan kerajaan Dap Pulau
Pinang di beberapa kawasan negeri ini untuk manfaat rakyat tetapi gagal
dilaksanakan sejak 2008 sehingga tahun lalu.
“Sehingga
kini masih tidak berjawab dan kerajaan negeri perlu menjelaskan pengurusan
perbelanjaan yang dikatakan melibatkan kos berbilion ringgit.
“Rakyat
mahu tahu apa cerita projek Aerobus yang menghubungkan bahagian pulau dan
Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat (AS) yang
didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), projek
kereta api bawah tanah, sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar dan
pembinaan tasik buaya,” katanya lagi.
Selain
itu tambah Farid, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan status projek
membanteras tempat letak kereta haram, mengekalkan surcaj air serta mewartakan
kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak tetapi ketiga-tiga projek ini masih
gagal dilaksanakan.
“Jika
saya mahu jelaskan di sini, terlalu panjang tetapi kesimpulannya Dap tidak
perlu sibuk terus kitar semula isu 1MDB kerana negeri jajahan mereka sendiri
tunggang-langgang dan soalan demi soalan yang dilemparkan masih tidak mampu
dijawab,” bidasnya.
Semalam,
sesi soal jawab pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kecoh selepas
beberapa anggota Parlimen pembangkang mempertikaikan keputusan Speaker Dewan
Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak pertanyaan mereka berkenaan isu
1MDB.
Menurut
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said,
penolakan pertanyaan soal jawab lisan itu pada sesi Dewan Rakyat kali ini,
antara lain adalah disebabkan faktor subjudis.
Ismail
berkata keputusan penolakan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri
Pandikar Amin Mulia dan ia adalah muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 99
No comments:
Post a Comment