JELUTONG, 17 Julai – Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin
Nordin berkata, mana mungkin Dap mahu menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
kerana parti mereka sendiri penuh rasuah dan tidak ada ketelusan.
Jelas
beliau, keengganan kerajaan rejim Dap untuk menandatangani ikrar tersebut
memberi gambaran yang cukup jelas apakah pendirian mereka sebenarnya.
“Kononnya
kerajaan pimpinan mereka bersih tetapi sebenarnya itu semua adalah momokan
mainan politik bagi megaburi mata rakyat.
“Ianya
dikuatkan lagi apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata senario sekarang menunjukkan bahawa
laporan rasuah di negeri Pulau Pinang adalah tinggi.
“Jadi,
kalau IBR pun tidak mampu untuk Dap tandatangan, maka jangan sibuk menuding
menuduh orang lain rasuah,” ujarnya
Tambah
Jasmin, kenyataan Dap kononnya prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang
dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah
dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR sebenarnya hanyalah satu
taktik menutup sikap buruk diri sendiri kerana CAT Dap lebih cenderung kepada
‘Corrupt, Abusive & Tokong’.
“Jika
benar parti mereka selama ini memperjuangkan anti rasuah mengapa berdolak-dalik
untuk tandatangan ikrar tersebut. Sepatutnya Pulau Pinang menjadi negeri
pertama yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan dan ini akan memberikan
kelebihan politik yang amat tinggi kepada mereka.
“Ini
tidak… cakap lain tapi buat lain… tapi ye la kan… apa yang mahu dihairankan
kerana parti mereka sendiri tonggang langgang. Pemilihan CEC pun belum tentu
sahih malah Lim Guan Eng sendiripun kini sedang berhadapan dengan kes rasuah
mahkamah,” sindirnya.
No comments:
Post a Comment