Monday 24 July 2017

Di Mana Naratif Melayu Pakatan HARAPAN?


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, telah, pada 19 Januari 2016, mengumumkan betapa pihaknya sedang dalam proses menggubal Dasar Bersama Pakatan Harapan.
Kata Datuk Saifuddin waktu itu, penyediaannya akan melalui perundingan intensif dengan pelbagai pemegang taruh di dalam dan luar Pakatan Harapan, dengan satu aspek utamanya ialah Naratif Melayu.
Kononnya Dasar Bersama Pakatan Harapan ini akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan pada 16 Julai 2016, tetapi ia tetap gagal disiapkan walaupun konvensyen ini ditunda ke 12 November 2016.
Mengapa agaknya Naratif Melayu yang telah sekian lama diwarwarkan ini tidak juga kunjung tiba?

No comments:

Post a Comment