PULAU PINANG 7 Jun -
Parti Gerakan negeri memberi tempoh 24 jam kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng
untuk mendedahkan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) bersabit
penjualan tanah milik kerajaan negeri.
Pemangku Ketua
Pemudanya, Jason Loo berkata, perkara itu bagi membuktikan bahawa segala
keputusan penjualan tanah itu dilakukan oleh Lembaga Pengarah atau jawatankuasa
CMI yang berkenaan.
Menurut beliau,
pendedahan minit mesyuarat itu sekali gus membolehkan Guan Eng menangkis
dakwaan berkenaan penjualan tanah milik rakyat tersebut dibuat berdasarkan
keputusan seorang individu semata-mata.
“Mereka juga boleh
membuktikan prinsip Cekap, Akauntabili ti dan Telus (CAT) masih hidup dengan
mengemukakan minit mesyuarat tersebut. Jika tidak, maka terbuktilah CAT sudah
mati dan wajar dikebumikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jason
mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan berhubung status tanah seluas
kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel di sini yang didakwa dijual secara
rundingan terus kepada pemaju swasta dan disifatkan keputusan hanya oleh
seorang individu.
Bagaimanapun, perkara
itu dinafikan Guan Eng yang mendakwa keputusan penjualan tersebut dipersetujui
oleh semua barisan Exco kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Jason
turut membidas pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang yang secara terbuka
menjelaskan tidak akan menjawab desakan dibuat Gerakan berhubung kontroversi
penjualan tanah terbabit.
Menurut beliau, Guan
Eng berulang kali menegaskan tidak akan memberi maklum balas kepada desakan
Gerakan itu yang disifatkan cubaan untuk mengelak memberi penjelasan sebenar
kepada rakyat.
UTUSAN


No comments:
Post a Comment