PERMATANG PAUH, – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, tindakan pemimpin Dap, Zaid Ibrahim yang seringkali membuat kenyataan yang mencadangkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU ke 14 akan datang ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan tandatanya, apakah Dap mempunyai hasrat tersembunyi untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana menteri Malaysia?
Beliau juga mempersoalkan, adakah suara Zaid yang seringkali secara
langsung dan tidak langsung mencadangkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri
semula ini direstui oleh kepimpinan Dap secara diam-diam, atau Zaid hanya
bersendirian tanpa sokongan parti dalam kenyataan-kenyataan itu.
“Saya pelik juga, Dap dalam kenyataannya meletakkan Wan Azizah sebagai bakal
perdana menteri namun dalam masa yang sama, membiarkan pemimpinnya Zaid Ibrahim
membuat kenyataan umum yang menjurus kepada sokongan kepada Tun Mahathir untuk
kembali menjadi Perdana Menteri.
“Apakah ada niat terselindung Dap di sebalik kenyataan Zaid Ibrahim itu?
Persoalan ini timbul memandangkan pendedahan Tun Aziz mendakwa wujudnya
pertemuan dan perbincangan sulit antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir
berhubung soal jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri
pembangkang.
“Timbul juga persoalan, adakah Dap kini cuba bermain politik selamat
dengan menzahirkan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai perdana menteri dan
dalam masa yang sama secara diam-diam turut memberikan sokongan kepada Tun
Mahathir kembali menjadi perdana menteri Malaysia?,” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kecelaruan di
kalangan parti pembangkang dalam isu menentukan siapa bakal PM dan TPM pihak
pembangkang.
Katanya lagi, kemelut perebutan kuasa, percanggahan pendapat serta
pandangan kerana kepentingan peribadi dan kepartian yang sedang berlaku
di di antara parti pembangkang hari ini memperlihatkan kelemahan mereka untuk
menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
“Kita bimbang dengan kemampuan dan kebolehan kepimpinan
pembangkang dalam menyelesaikan masalah. Isu-isu seperti pembahagian kerusi,
siapa bakal menjadi PM dan TPM, isu ksesatuan matlamat dan beberapa isu lagi
masih tidak selesai malah berlarutan sehingga ke hari ini.
“Bahkan isu-isu tersebut jugalah yang menjadi punca perpecahan pakatan
pembangkang sebanyak dua kali ketika dianggatai oleh Dap, Pas dan PKR. Masalah
yang masih tidak selesai itu saya lihat akan bertambah kritikal apabila
wujudnya dua lagi parti baru pembangkang, iaitu PPBM dan PAN,”tegasnya.
Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di negara ini agar berfikir dan
menimbangkan dari pelbagai sudut dalam membuat keputusan untuk memilih
pemerintah pada PRU yang akan datang agar segala usaha pembangunan dan kemajuan
demi rakyat dan negara terus akan dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
“Kita sebagai rakyat, harus matang dalam melihat perkara ini. Kita tidak
boleh memberikan kuasa kepada sebuah pakatan parti politik yang bercelaru dan
tidak mampu menyelesaikan masalah dan konflik dalaman mereka sendiri. Kelak,
jika diberi kuasa, mereka akan bercakaran sesama sendiri. Lihat contoh bagaiman
PKR menjatuhkan Tan Sri Khalid dengan cara yang jijik dan keji bermodalkan
fitnah.
“Dan BN pula telah terbukti sejak selepas merdeka
sehingga ke hari ini, masih stabil dari sudut hubungan kerjasama dan kesatuan
matlamat dalam membina sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya. Walaupun
tidak sempurna, namun BN membuktikan bahawa mereka mampu berkhidmat untuk
memberikan keselesaan kepada rakyat seperti apa yang kita ada hari ini,”
ujarnya.
No comments:
Post a Comment