1 JUN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP.
Menurut
Presiden Persatuan Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, laporan tersebut
adalah mengambil kira juga tanah lain yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri
sejak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008.
“Tanah
Peel Avenue yang sepatutnya diuruskan melalui tender terbuka sudah menjadi
projek rundingan terus (Direct Nego) sedangkan konsep tender terbuka ini
dahulunya merupakan teras kepada urus tabir Kerajaan Negeri Pulau Pinang
pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam mengendalikan projek-projek negeri
dan merupakan sebahagian dari konsep Competency, Accountability dan
Transparency (C.A.T).
“Hari
ini perkara tersebut hanya tinggal satu ungkapan hipokrasi sahaja. Saya juga
amat hairan, kecewa dan terkejut apabila Tanah Peel Avenue yang bernilai
ratusan juta ini di jual secara rashia kepada syarikat luar negara,” katanya
kepada BNBBC.my portal pada Khamis.
Jelas
beliau lagi, disebabkan projek rundingan terus ini didapati rakyat Pulau Pinang
telah rugi hampir RM30.28 Juta secara kasar didalam penjualan tanah Peel
Avenue.
Mengenai
kategori Kegunaan Tanah, Syarat Nyata dan Sekatan Kepentingan pula ia tidak
pasti sama ada dinyatakan dalam perjanjian jual beli ataupun tidak kerana
perkara itu sepatutnya wajib dinyatakan sebelum tindakan jual beli dilakukan.
“Untuk
itu dari tarikh penilaian 3 Sept 2015 hingga 19 Dis 2018 Kerajaan Negeri tidak
mengenakan sebarang faedah yang sepatutnya dikenakan terhadap harga tanah
tersebut. Faedah yang sepatutnya dikenakan adalah RM126 Juta x 8%pa x 3 Tahun =
Jumlah Kerugian RM30.28 Juta.
“Persoalanya
kenapa Kerajaan Negeri membiarkan kerugian ini daripada berlaku? Apakah pihak
yang membuat keputusan ada hubungan dengan Ahli Lembaga Island Hospital ?
“Kami
juga ingin tahu berapa banyak pula peningkatan kepadatan pembangunan jika
termasuk perintah pembangunan di waktu pra kelulusan? Kerajaan Negeri harus
jawab dan telus dalam perkara ini,” ujarnya lagi.
Oleh
sebab itu pihaknya menggesa supaya SPRM menyiasat sehingga ke lubang cacing
skandal penjualan tanahn tanpa tender Tanah Peel Avenue ini dan memastikan
mereka yang melanggar undang – undang diambil tindakan yang sewajarnya.
“Dalam
hal ini, saya telah mencabar Lim Guan Eng dimana didalam cabaran itu, secara
jelas telah saya memberi tempoh satu minggu kepada Lim Guan Eng untuk tampil
kehadapan bagi mendedahkan secara terperinci dan telus berkenaan dengan
Perjanjian Jual Beli tanah di Peel Avenue dan jika tidak pihak saya akan
membuat laporan bagi membolehkan SPRM menyiasat pekara ini.
“Jadi
dengan kehadiran saya bersama NGO yang lain pada hari ini dipejabat SPRM , maka
kami berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan yang adil dan sewajar nya
dalam isu ini kerana ianya melibatkan rakyat Pulau Pinang,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment