Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menghadapi dua pertuduhan rasuah, Lim Guan Eng mendakwa dirinya bingung selepas seorang pemimpin Umno mendedahkan kerajaan negeri memiliki RM12.5 bilion hasil jualan tanah.
Ketua Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman semalam menggesa kerajaan Pulau Pinang menggunakan dana daripada “RM12.5 bilion” hasil jualan tanah untuk membiaya projek prasarana daripada meminjam wang dari China.
Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menerima kemudahan pinjaman yang ditawarkan sebuah bank milik kerajaan China untuk membiaya projek prasarana di negeri itu.
Lim menyifatkan kenyataan Zainal itu sebagai “fitnah” kerana hasil kerajaan negeri daripada jualan tanah hanya RM1.1 bilion sejak 2008.
Sebagai perbandingan, Lim berkata kerajaan BN sebelum ini menjual 3,661 ekar tanah untuk RM1.05 bilion dari awal 1990an hingga 2008.
Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang hari ini menjual 106.1 ekar tanah untuk RM1.11 bilion.
“Pulau Pinang jual 36 kali kurang daripada BN, tetapi peroleh lebih banyak wang kerana persaingan secara tender terbuka.
“Manakala bagi potensi yang bakal mengubah ekonomi, rundingan secara terus menjadi norma antarabangsa. Seperti membawa IKEA masuk ke Batu Kawan, urusan itu dimuktamadkan melalui rundingan secara terus.
PENJUALAN TANAH DAN ASET OLEH DAP
Pemerhati politik, Lim Sian See, dalam pada itu mempersoalkan mengapa DAP tidak menyenaraikan jualan aset sebenar kerajaan Pulau Pinang sejak 2013?
“Propaganda tentang jual-tanah negeri zaman BN diulangi berpuluh kali oleh DAP walaupun semua sudah tahu bahawa itu hak tambak tanah – bukan tanah sebenar.
“Tetapi peliknya, propaganda DAP tidak pula menyeneraikan jualan aset-aset sebenar kerajaan Pulau Pinang sejak tahun 2013 yang lain?,” tulis Sian See.
Sian See turut menyenaraikan aset yang dijual kerajaan DAP di Pulau Pinang.
2013: 110 ekar tanah Gurney Drive kepada Konsortium Zenith BUCG bagi projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion
2013: 40 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada PE Land, RM65.34 juta
2014: 245 ekar tanah Batu Kawan kepada Aspen Vision (49 peratus dimiliki Ivory Properties)
2014: 30 ekar tanah Batu Kawan kepada Paramount Group pada harga RM67 juta
2014: 470 ekar tanah Batu Kawan kepada Eco World, RM1.02 bilion. (Jualan dibatalkan tahun berikutnya apabila kawasan berkenaan tidak mencukupi bagi pembinaan sebuah padang golf.
2014: 49 peratus dari 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar di Bayan Lepas diberikan kepada Temasek Holdings milik kerajaan Singapura.
2015: 20 ekar tanah di Batu Kawan dijual RM30 juta kepada syarikat Singapura, Kumpulan Jabil.
2015: Empat ribu ekar tanah ditebusguna kepada Gamuda (60 peratus) dan rakan tempatan (40 peratus) bagi Permatang Damar Laut dianggarkan bernilai RM27 bilion. Kerajaan Pulau Pinang turut menyatakan akan meminjam berbilion ringgit dari bank bagi mencukupkan perbezaan bagi mencapai RM46 bilion.
2015: 6.6 ekar tanah kompleks Juru kepada syarikat Singapura, Centurion Group pada RM10.89 juta
2016: Penjualan pegangan 49 peratus saham dalam Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) pada RM156 juta yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak.
2017: Penjualan 7.4 ekar tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital pada harga RM156 juta.
“Sebelum ini, Guan Eng sering mendakwa sejak 2008, kerajaan pimpinannya sudah menganugerahkan projek bernilai RM38 bilion.
“Jika bukan menjual aset milik rakyat Pulau Pinang, dari mana datangnya wang RM38 bilion ini,” soal Sian See.
No comments:
Post a Comment