GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan
prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang sering dilaungkan kerajaan negeri
pimpinan DAP sejak 2008 lalu, sudah mati.
Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Jahara Hamid, berkata
ia susulan pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya
dibuktikan wakil rakyat BN, sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau
Pinang berlangsung.
Selain itu, katanya, setakat ini sahaja kerajaan negeri
dikenal pasti gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sejak mentadbir Pulau
Pinang, yang antara lain seiring dengan usia penubuhan DAP ke-51, pada tahun
ini.
"BN negeri juga sudah membuktikan bahawa kerajaan
negeri pimpinan DAP menjual tanah dalam kuantiti yang banyak dan ia berlaku
sepanjang pentadbiran mereka.
"Tanah berkenaan sepatutnya dibangunkan sendiri oleh
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek kesejahteraan dan
bukannya diberi kepada pemaju swasta.
"Situasi ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri
lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dan projek mega, berbanding
keperluan rakyat," katanya pada sidang media di Bangunan DUN Pulau Pinang
di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment