Tuesday 16 May 2017

Polis Tahan Pengasas JJPTR

Polis telah menahan pengasas skim cepat kaya JJ Poor To Rich (JJPTR), Johnson Lee dan dua orang kanannya di Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 pagi Selasa.
Menurut laporan akhbar The Star, satu kenyataan dijangka dikeluarkan terhadap tangkapan itu.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah berkata JJPTR telah mengutip pelaburan sebanyak RM1.7 bilion setakat ini.
Melalui satu kenyataan minggu lalu, Acryl Sani berkata lanjutan siasatan terhadap JJPTR, pasukan anti pengubahan wang haram Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan Keselamatan Siber membuat serbuan di lapan lokasi di Pulau Pinang.
My Nation News

No comments:

Post a Comment