Tuesday 23 May 2017

NGO CHANT DAKWA GUAN ENG TAK SAYANG PULAU PINANG KERANA BUKAN ANAK JATI NEGERI.

Ramai yang sudah mengetahui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukanlah merupakan anak jati negeri ini. Beliau berasal dari Melaka dan tidak menetap di Pulau Pinang sejak dari kecil.
Guan Eng hanya berhijrah ke Pulau Pinang selepas DAP berjaya menawan negeri ini dari kerajaan BN hampir 10 tahun yang lalu.
Oleh yang demikian, apa yang mampu rakyat harapkan dari orang luar seperti Guan Eng untuk menjaga negeri ini? Sudah tentunya beliau tidak mempunyai sentimen cintakan tanah negeri kerana ia bukannya tanah tumpah kelahiran dirinya.
Dengan sebab itu, maka tak hairanlah warisan negeri Pulau Pinang yang menjadi kenangan manis untuk majoriti rakyat di sini telah diabaikan oleh Ketua Menteri DAP itu berserta dengan kakitangan pentadbirannya.
Itulah yang cuba digambarkan oleh Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee berkenaan masa depan bangunan bersejarah di Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia.
Yan Lee mendedahkan, sebuah syarikat pemaju memohon untuk merobohkan sebuah lagi banglo lama bagi memulakan pembinaan sebuah hotel dan hospital swasta berhampiran tanah rakyat yang didakwa dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang tahun lalu.
Beliau juga mendakwa, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada pejabat Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi baru-baru ini dan semakan yang dibuat mendapati permohonan berkenaan telah dibuat pada 16 Mac lalu.
Dakwa Yan Lee, syarikat pemaju dari Korea Selatan itu difahamkan akan menjalankan projek pembinaan hospital swasta yang mempunyai 600 katil di samping sebuah hotel.
“Negeri ini dikenali kerana status bandar warisan dunia dan pelancong datang ke sini untuk melihat keunikan berkenaan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negeri dan menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang.
“Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng bukan anak jati Pulau Pinang dan beliau tidak berkongsi sentimen sama dengan rakyat negeri ini.
“Sesuatu yang menyedihkan apabila sebuah lagi banglo lama dalam kawasan tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal dirobohkan untuk projek swasta,” dakwanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Sebelum ini, Chant turut mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah milik rakyat seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel tanpa mengadakan hebahan awam.
Guan Eng kemudian mengakui perkara berkenaan dengan mengesahkan perjanjian tersebut dibuat dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta dengan tanah itu diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta.
Mengulas lanjut, Yan Lee mendakwa, pihaknya kini ‘memohon bantuan’ rakyat Korea Selatan untuk menyelamatkan banglo warisan berkenaan kerana syarikat pemaju itu dikenal pasti dari negara berkenaan.
“Di pihak kerajaan negeri pula, mereka langsung tidak mengadakan taklimat awam untuk memaklumkan perkembangannya,” dakwanya.
Dalam soal ini, Yan Lee berkata, seharusnya satu kajian sosial dilakukan sebelum projek berkenaan diluluskan termasuk kajian trafik dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment