*_Wisma Putra harus siasat dan ambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang mempunyai
dua kewarganegaraan_*
1. Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh portal pembangkang Malaysiakini
yang melaporkan bahawa ADUN Pujut dari DAP Ting Tiong Choon telah dipecat selepas usul
untuk melucutkan keanggotaanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah berjaya.
Rujukan : https://m.malaysiakini.com/news/382001
2. ADUN DAP ini telah dipecat kerana beliau memiliki kewarganegaraan Australia dan pernah
mengundi sebagai rakyat Australia dalam pilihanraya di negara itu. Tindakan beliau ini dengan jelas
melanggar Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana - mana
orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak - hak
kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.
3. Memandangkan kes ini membuktikan bahawa pihak pembangkang telah mengambil seorang
warga asing sebagai pemimpin mereka dan sebagai wakil rakyat, saya menggesa Wisma Putra
untuk menyiasat mana - mana lagi rakyat Malaysia yang mempunyai dua kewarganegaraan
dan tindakan yang tegas diambil terhadap mereka.
4. Di Malaysia kita sudah ada undang - undang dan peraturan berkaitan isu dua kewarganegaraan
ini namun ianya tidak kerap diguna pakai oleh kerajaan. Malah mungkin terdapat lebih ramai
pemimpin pembangkang yang mempunyai dua warganegara cuma mereka tidak ditangkap sahaja lagi.
5. Tindakan jijik pemimpin pembangkang yang mempunyai dua kewarganegaraan ini membuktikan
mereka tidak ada semangat cintakan negara dan tiada kesetiaan kepada Raja dan Negara. Mereka
ini tidak layak menjadi wakil rakyat di negara ini dan harus dihalau pulang serta merta.
Kerajaan Malaysia harus serius menangani kemelut sebegini dan Agensi yang
dipertanggungkanjawabkan harus mengambil tindakan dengan kadar segera.
*Terima Kasih*
Kenyataan Media*
*Mejar (K) Datuk Huan Cheng Guan*
*Naib Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*
*12 May 2017*


No comments:
Post a Comment