Tuesday 23 May 2017

Majlis Penyampaian sumbangan ihya' Ramadhan

Majlis Penyampaian sumbangan ihya' Ramadhan oleh Dato Seri Zainal Abidin Bin Osman , Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang kepada 22 buah masjid dan 79 buah surau di dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Untuk tahun ini juga, semua 211 buah masjid di seluruh Pulau Pinang menerima RM 1,000 yang membabitkan keseluruhan kos sebanyak  RM 211,000.

Sumbangan yang dilakukan saban tahun ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran program-program ilmiah sepanjang Ramadhan di masjid-masjid di kawasan Nibong Tebal dan Pulau Pinang amnya.

Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan bagi menjalankan agenda pembangunan masyarakat melalui aktiviti pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment