Friday 19 May 2017

Majlis Bandaraya Pulau Pinang tetap keluarkan saman selepas keputusan mahkamah





 GEORGE TOWN: Keputusan kes saman tempat letak kereta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Mahkamah Khas Trafik semalam tidak mempengaruhi kes kesalahan tempat letak kereta lain yang dikeluarkan oleh majlis itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP, semua pemberitahuan tentang kesalahan (kompaun) yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) 2014 adalah masih berkuat kuasa.
“Tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan akan terus diambil sekiranya pengguna tempat letak kereta gagal menjelaskan kompaun yang dikeluarkan ke atas mereka.”.


Ia susulan penularan di media sosial yang MBPP tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan saman.
Mahkamah Khas Trafik semalam memutuskan MBPP gagal membuktikan kes prima facie dalam satu kes saman, atas alasan isu teknikal. Disebabkan itu, Orang Kena Saman dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

Susulan itu, MBPP menafikan penularan kes berkenaan di media sosial dan menyifatkan ia sebagai tidak benar sama sekali.

 FMT

No comments:

Post a Comment