Sunday 21 May 2017

GERAKAN persoal Guan Eng jual tanah tanpa tender

GERAKAN Pulau Pinang mempersoal ketelusan kerajaan negeri yang menjual sebidang tanah di Lebuh Raya Peel untuk pembesaran sebuah hospital swasta tanpa melalui proses tender terbuka.
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi alasan tidak munasabah dengan menyatakan penjualan tanah tanpa tender terbuka itu untuk projek bernilai tinggi.
“Adakah projek pembesaran hospital swasta ini lebih tinggi nilainya berbanding cadangan pembinaan terowong dasar laut yang dibuat secara tender terbuka.
“Saya juga tidak pasti sama ada projek ini diperlukan rakyat negeri kerana terdapat juga cadangan pembinaan hospital swasta dilengkapi kemudahan hotel dan tempat letak kenderaan bertingkat di Taman Manggis,” katanya, Sabtu.
Sebelum ini, kerajaan negeri diketuai DAP mengesahkan bahawa tanah seluas kira-kira tiga hektar itu diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta bagi pembesaran hospital swasta tanpa tender terbuka.

Ketua menteri dilaporkan berkata urusan itu dibuat begitu berikutan syarikat berkenaan adalah pelabur bereputasi tinggi.

No comments:

Post a Comment