22 MEI: Sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pagi tadi menjadi tegang apabila pembangkang
negeri itu membantah penjelasan Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang menolak
usul menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng bercuti sementara menunggu
perbicaraan kes rasuahnya selesai.
Ketegangan
tercetus apabila, ADUN Pulau Betong daripada Barisan Nasional (BN) mendakwa
jawapan bertulis Choo Kiang membabitkan penolakan usul berkenaan, tidak
dinyatakan dengan jelas.
Terdahulu, Choo Kiang berkata usul
berkenaan ditolak kerana perkara itu itu sudah termaktub dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kerajaan Negeri termasuk kes membabitkan
prosiding mahkamah, disabit kesalahan atau dalam tempoh rayuan.
“Semua
perkara termasuk isu kehilangan kelayakan disebut dalam peraturan berkenaan.
Jadi ia sudah jelas dan ahli dewan sepatutnya tidak bahas usul yang jelas sudah
ada jawapan.
“Saya
tidak mahu timbul anggapan bahawa dewan ini buat ketetapan yang membawa
ketidakadilan kepada penjawat awam, melainkan pegawai berkenaan membuat
keputusan dan atas budi bicaranya sendiri,” katanya ketika menerangkan
penolakan usul berkenaan dalam mesyuarat DUN.
Bagaimanapun,
Farid berhujah usul berkenaan tidak meminta Guan Eng meletak jawatan atau
hilang kelayakan, sebaliknya meminta Ketua Menteri bercuti sementara menunggu
siasatan kes berkenaan selesai.
“Bagaimanapun,
speaker tidak jawab dan hanya jawab enam baris dalam jawapan bertulis dan itu
pun tidak jelas. Tidak timbul isu ketidakadilan dan sebab itu penting usul ini
dibahaskan,” katanya.
Sebelum
ini, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid dilaporkan kecewa apabila tiga usul
BN ditolak, termasuk usul membabitkan Guan Eng.
No comments:
Post a Comment