Monday 12 December 2016

Rakyat Thailand terima bantuan ala BR1M


Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar hari ini mula menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434).

Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima itu menyaksikan mereka yang berpendapatan kurang 30,000 baht (RM3,722) setahun layak menerima RM434.

Syarat oleh Kementerian Kewangan itu turut menetapkan penduduk berpendapatan lebih 30,000 namun kurang 100,000 baht (RM3,722-RM12,406.81) setahun layak menerima RM186 wang tunai.

Menurut seorang pegawai kementerian tersebut, sebanyak 8.27 juta rakyat Thailand memohon untuk skim tersebut sebelum ini. – BERNAMA


- Thailand pun dah mula ikut jejak langkah Malaysia utk mengagihkan bantuan kpd rakyat miskin tegar terus ke akaun bank. Yang berbezanya Malaysia bawah 3000 pun dah termasuk miskin. bawah 4000 juga dpt bantuan. manakala bujang plak pendapatan bawah 2000 juga dapat. beruntungnya rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment