Thursday 15 December 2016

Pelarian Rohingya. “Double Standard” Kerajaan DAP P.Pinang ?


Seluruh dunia kini sedar tentang situasi yang berlaku di bumi Myanmar apabila pembunuhan terancang yang dilakukan terhadap entik Rohingya semakin menggila.Rata-rata mereka yang tampil mencemuh perbuatan tidak berperikemanusiaan itu adalah terdiri daripada banyak badan-badan NGO dan sebahagian lagi daripada kerajaan-kerajaan di dunia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.Apatah lagi pimpinannya Aung Sang Syu Ki merupakan seorang penerima nobel keamanan dan melihat kepada situasi yang berlaku jelaslah penerima nobel tersebut sebenarnya bukanlah seorang pemimpin yang baik kerana membenarkan penghapusan entik berlaku.

Seperti mana yang disebut oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapannya pada PAU2016 sebelum ini kesan daripada penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di bumi Myanmar itu akan memberi kesan secara tidak langsung kepada negara-negara berhampiran termasuklah Malaysia.

Walaupun ada segelintir daripada mereka yang mencemuh kenyataan Perdana Menteri itu , hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mengaku bahawa negeri di bawah pentadbirannya juga sudah terkesan dengan kemasukan pelarian Rohingya dan jumlahnya telah mencecah seramai 50 ribu orang.

Pada ketika pihak-pihak di luar sana mempertikaikan tentang tindakan kerajaan terhadap permasalahan membabitkan isu di Myanmar dan solidariti terhadap etnik Rohingya , Guan Eng yang sebelum ini lebih banyak membisu tiba-tiba bersuara.

Kenapa agaknya ?

Dalam kenyataan terbaru kerajaan DAP Pulau Pinang , Lim Guan Eng mahu pendatang Rohingya dan Bangladesh ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan dan bukannya di tanah milik kerajaan negeri.

Alasannya kerajaan negeri menghadapi masalah tempat kosong sama ada di bahagian pulau atau tanah besar.

Persoalannya apakah alasan itu relevan ?

Secara mata kasar memanglah kepadatan penduduk dan pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini begitu menyesakkan namun jika kita amati , kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah bersungut tentang pengisian pihak-pihak yang bukan dari kalangan warga Pulau Pinang terhadap pembangunan projek-projek mewah yang mencecah jutaan ringgit.

Siapakah mereka yang mengisi dan memiliki tanah-tanah dan rumah-rumah mewah yang bertaburan di sekitar Pulau Pinang termasuklah yang didirikan di kawasan bukit bukau ?

Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini tidak pernah membentangkan tentang jumlah pemegang dan status mereka yang telah memiliki hak milik mahupun rumah kediaman mewah terbabit.

Berapa peratuskah pemilik-pemilik ini terdiri daripada warga Pulau Pinang atau paling tidak warga Malaysia ?

Sedangkan pada yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang turut sama gagal dalam menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada kaum bumiputera dan warga marhain malah terlalu banyak pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap isu ini.

Sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab , Lim Guan Eng sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih professional dengan merujuk kepada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum mengadakan siding media yang dilihat lebih kepada mencetuskan isu politik semata-mata.

Perlu ditekankan bahawa artikel ini tidak bermaksud BERSETUJU supaya ke semua pelarian yang terlibat di tempatkan di Pulau Pinang tetapi biarlah ianya di bawa ke peringkat tertinggi kerajaan memandangkan ia melibatkan isu kemanusiaan bukannya politik semata-mata.

Bukan dengan bermain politik apatah lagi pimpinan DAP dilihat melompat apabila kenyataan Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pelarian Rohingya mungkin akan ditempatkan di penempatan sementara di negeri di utara termasuk di Pualu Pinang.

Malahan sikap Exco Kebajikan , Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang , Phee Boon Poh jauh lebih emosi apabila terus mencadangkan pangkalan TUDM di Butterworth sebagai tempat yang sesuai untuk menempatkan pendatang.

Walaupun alasannya kerana di pangkalan TUDM mempunyai keselamatan yang baik namun sekurang-kurangnya biarlah kenyataan itu berasas.Pangkalan TUDM adalah milik Angkatan Tentera Malaysia dan sudah semestinya ia perlu di asingkan dengan hal seumpama ini memandangkan ia melibatkan isu keselamatan negara.

Kita tidak pernah mendengar tentang kerisauan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kebanjiran ramai warga asing (selain Rohingya dan Bangladesh) ke Pulau Pinang selama ini , apakah ianya ada kena mengena dengan kedudukan dan kemampuan mereka ?

Janganlah terlalu emosional dalam mendepani perkara seumpama ini kerana kita yakin penyelesaian terbaik adalah melalui rundingan diantara kedua-dua pihak bukannya bermain politik.

No comments:

Post a Comment