Tuesday 13 December 2016

Pakatan diperbodoh dengan politik licik Dr M : PAS

Setelah PAS dipergunakan okeh rakan sekutu Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, kali ini giliran PH pula diperbodohkan dengan PPBM (Parti Peribumi Bersatu Malaysia) apabila terpedaya dengan politik licik Tun Dr Mahathir Mohamad.

PH bergabung PPBMKata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali ini kerana penggabungan PH dan PPBM hanya menunjukkan yang PH benar-benar bergantung dengan parti dibawah naungan bekas perdana menteri itu.

“PH dipermainkan oleh PPBM. Kekuatan 3 parti dalam PH bekerjasama dengan PPBM bukannya PPBM menyertai PH.

“Itu politik licik Dr Mahathir orang lama politik,” katanya kepada BNBBC. my portal pada Selasa.

PH dan PPBM hari ini mengikat perjanjian kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perjanjian tersebut adalah bertujuan supaya semua pihak akur untuk meletakkan satu calon sahaja mewakili gandingan itu pada PRU nanti.

Menurut draf perjanjian berkenaan, PH yang merangkumi PKR, DAP dan PAN (Parti Amanah Negara) serta PPBM bersetuju pembahagian kerusi akan dilakukan menerusi perundingan berdasar prinsip kebolehmenangan parti yang dipilih.

“Ya Mahathir mempergunakan PH, Mahathir pergunakan sesiapa sahaja bagi lunaskan cita-cita dia,” tambahnya.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata PAS tetap akan meneruskan agenda sendiri yang tidak sama dengan agenda PH atau PPBM.

“Bagi PAS ‘ikut syarat kami kalau mahu berunding dengan kami’,” ujarnya

No comments:

Post a Comment