Tuesday 13 December 2016

Akhirnya Parti Mahathir Di Bawah Pakatan Pimpinan DAP

Ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan PAN bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan PPBM sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Empat parti itu hari ini menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama berkenaan.

Mereka juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.

PKR diwakili oleh Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala PAN diwakili presiden parti Mohamad Sabu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing.

Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.


No comments:

Post a Comment