Wednesday 14 December 2016

Krisis PKR-Pas perlu diselesaikan segera


PULAU PINANG  – PKR menggesa Pas menimbangkan semula hasrat parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Arif­fin berkata, keputusan Pas itu sekiranya diteruskan hanya akan memecahkan undi di kawasan berkenaan.
Katanya, krisis yang berlaku antara kedua-dua parti itu ketika ini perlu diselesaikan dengan baik dan semua pihak yang terlibat perlu mengadakan perbincangan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Kami perlu berbincang dan mendapatkan maklum balas akar umbi supaya satu keputusan terbaik dapat dicapai dalam soal ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini Dewan Pemuda Pas negeri memberi amaran kepada pakatan harapan yang diketuai DAP apabila mengatakan mereka bersedia mengambil semula kerusi Parlimen
Permatang Pauh selain mahu turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dan Seberang Jaya yang diwakili PKR.

Kenyataan Pas itu sebagai reaksi kepada kesediaan PAN bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir yang diwakili Pas atas faktor parti itu bukan lagi sebahagian daripada pembangkang.
Ditanya sama ada perbinca­ngan itu juga perlu melibatkan PAN yang mencetuskan krisis perebutan kerusi itu, Norlela menjelaskan, wakil parti tersebut juga perlu hadir.
“Kita perlu penyelesaian terbaik kerana pertandingan tiga penjuru akan memecahkan undi Melayu,” katanya.

Utusan

No comments:

Post a Comment