Wednesday 9 November 2016

Teluk Bahang kini lengang


TELUK BAHANG - Keadaan di Teluk Bahang sedikit lengang ekoran kejadian tanah runtuh kelmarin.

Kejadian tersebut memutuskan hubungan di antara lokasi tersebut dengan Batu Ferringhi.

Teluk Bahang juga dikenali sebagai lokasi pelancongan termasuk Taman Negara Teluk Bahang, Taman Rimba, Escape dan juga Entopia (Taman Rama-Rama).

Penduduk, Abd Samad Abdul Manaf  berkata, keadaan di Kompleks Makanan Teluk Bahang juga lengang.
Kebiasaannya ia agak sibuk kerana dikunjungi orang ramai untuk menikmati sarapan.

“Memang keadaan lengang ini boleh dikatakan akibat daripada kejadian tanah runtuh, orang daripada Batu Ferringhi susah hendak datang ke sini.

“Sekarang hanya motosikal yang boleh digunakan untuk ke Teluk Bahang, jadi memang  mendatangkan kesan kepada kami yang menjalankan perniagaan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu salah seorang peniaga kuih, Rosli Mat Dan berkata, hasil jualannya sedikit menyusut berbanding sebelum ini.

Jelasnya, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelancong yang menginap di hotel sekitar Batu Ferringhi.
“Kami sedia maklum di sana tidak mempunyai kedai makan pagi yang banyak seperti di Teluk Bahang.

“Tetapi sekarang laluan ke tempat kami begitu terhad, jadi orang pun tidak ramai yang datang, jika hendak masuk pun terpaksa melalui Jalan Titi Kerawang, memang tidak dinafikan ia agak jauh,” katanya.   -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment