Thursday, 24 November 2016
"Saya tidak tahu bila jumpa mak lagi," - anak Maria Chin
"Saya tidak tahu bila jumpa mak lagi," anak Maria Chin sebak.
"Luluh hati kami, mak bukan pengganas," kata anak Maria.
Demikian antara tajuk yang disiarkan oleh portal berita atas talian berhubung penahanan Pengerusi dan aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah.
Penulis juga bersimpati terhadap anak Maria, yang ketika ini sedang dikejar para wartawan bagi mendapatkan liputan berita yang menyentuh emosi.
Tiada anak yang akan mengaku ibunya sebagai pengganas. Tiada anak yang mahu ibunya ditahan polis. Hati siapa yang tidak luluh....
Walaubagaimanapun, senario ini mengingatkan penulis pada satu klip video kesedaran yang pernah viral sebelum ini.
Bagaimana seorang ayah sanggup menangkap anak sendiri selepas didapati terjebak dengan najis dadah.
Video tersebut berjaya memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa faktor kekeluargaan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan jenayah atau kesalahan undang-undang.
Berbalik semula kepada isu penahanan Maria Chin yang kini disiasat di bawah SOSMA.
Pasti ada dikalangan kita yang mempersoalkan, kenapa SOSMA dan bukannya di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA2012)?
Sebelum menulis lebih jauh, mari kita teliti semula apa itu SOSMA.
SOSMA atau Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 merupakan satu undang-undang yang membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan
bagi tujuan :
I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.
Jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Namun kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, apakah Maria Chin tidak terlibat dengan usaha memudaratkan ketenteraman awam atau mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah (perkara III dan IV)?
Selain itu, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang juga mengukuhkan lagi fakta
jawapan mengapa Maria Chin disiatan di bawah SOSMA.
Inilah bagusnya SOSMA. Ia bertindak sebelum satu-satu kejadian buruk daripada berlaku, bukannya sehingga 'nasi sudah menjadi bubur' baharu hendak diambil tindakan.
Bagaimana pula dengan penahanan Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos?
Pemberita ada melaporkan bahawa Jamal bersama dua pengikutnya ditahan reman selama empat (4) hari pada awal pagi 19 November 2016.
Penasihat Undang-undang Gerakan Merah Datuk Mohd Imran Tamrin berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/187/353 Kanun
Keseksaan.
Jamal ditahan oleh sepasukan polis IPK (Ibu Pejabat Kontinjen) Selangor pada jam 1.30 pagi berhubung insiden kekecohan di Ampang Point 13 November lepas.
Dalam masa sama umum mengetahui bahawa Jamal dan pengikutnya konsisten dengan prinsip 'tiada kuning (Bersih5), tiada merah (Gerakan Merah)'.
Malah Gerakan Merah berbeza dengan Bersih 5 yang terpalit dengan isu dana daripada penyangak matawang George Soros dan NDI. Siapa tidak kenal Soros yang popular dengan agenda
menghuru-harakan sesebuah negara?
cc: friends of kedaulatan(FB)
#KedaulatanNegara #KeselamatanAwam #PasukanKeselamatanNegara #Bersih5 #GerakanMerah #SOSMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment