1. Pergi Bersih dengan semangat berkobar. Berarak dari lokasi menunggu ke lokasi berkumpul.
2. Duduk tengah panas beramai-ramai atas tar macam budak-budak sekolah lambat sampai perhimpunan.
3. Tak tau apa berlaku sebab internet tak ada, salahkan polis pasang signal jammer. Padahal sebab signal jammed bila berkumpul ramai-ramai. "Diorang tak nak bagi kita akses Malaysiakini la ni! ANJING!"
4. Tertanya-tanya apa berlaku. Tapi sambil tu jerit-jerit "Najib babi" atau "Najib bodoh." Mesti buat sesuatu yang menampakkan pemberontakan.
5. Nampak helikopter polis kat udara, jerit "anjing."
6. Masih lagi tak tau apa berlaku. Terus duduk tengah panas. Ada seorang tengah bercakap pakai hailer kat depan tapi tah apa dia cakap tak ada orang peduli, sebab semua orang tengah menahan panas.
7. Masuk solat Zohor, nak nampak pejuang punya pasal, solat tengah jalan walaupun ada tempat lagi elok nak solat seperti surau atau masjid. Wuduk pulak, amoi sediakan air botol. Dah set dalam kepala nak share yang amoi sediakan air wuduk untuk orang Melayu. Bukti harmoninya Bersih.
8. "Apa yang berlaku? Tak ada apa yang berlaku pun." Terus terpinga-pinga.
9. Dapat tau FRU dah mula mara. Tengok dari jauh. Sekali FRU berkawad dua baris dengan belantan dan riot shield. Lari mencanak.
10. Sampai ke satu tempat yang tenang, cuba tengok line internet ada tak sebab nak update status "baru lepas kena kejar FRU."
11. Mula struggle memikirkan apa yang dah dicapai dengan datang Bersih. Minda tertanya-tanya dengan diri sendiri.
12. Oleh kerana tak nak ego tercalar, sedapkan hati dengan ayat "aku dah achieve something, aku dah buat perubahan, inilah revolusi dan aku adalah sebahagian dari revolusi ini" disebut kepada diri sendiri.
13. Balik rumah naik public transport. Dalam LRT nampak orang pakai baju kuning, tegur. Solidariti pejuang. Rasa macam askar baru balik perang.
14. Sampai kat rumah up status puji semua benda pasal Bersih.
15. Terpaksa yakinkan diri lagi sekali yang kau dah achieve something dengan kata-kata semangat untuk yakinkan diri kau sendiri. "Apa aku buat tu besar maknanya."
16. Bukak video ucapan pemimpin pembangkang dan bersih untuk tengok reaksi diorang. Kebanyakan video akan kata benda tu sukses dan yakinkan kau yang kedatangan kau tu merupakan sesuatu yang penting pada negara.
17. Pandang cermin sambil cuba meyakinkan diri yang apa yang kau buat masa Bersih tu bermakna.
18. Tapi kau tak boleh buang dari kepala kau yang kau pergi sebenarnya lebih banyak kau terpinga-pinga, tak tahu apa dan duduk saja.
19. Pandang semula cermin sambil yakinkan diri lagi sekali yang setiap perubahan hanya akan berlaku kepada mereka yang berani berubah.
20. "Eh, aku kena game dengan politician ke? Tak lah. Takkanlah aku sebodoh itu? Mustahil aku kena game. Aku rock," kata anda kepada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment