Thursday 10 November 2016

Proton perkenal model Iriz edisi terhad



Proton Holdings Bhd (PROTON), hari ini memperkenalkan model Iriz edisi terhad bersempena Malaysia Autoshow 2016.

Pelancaran Iriz edisi terhad yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Iriz edisi terhad dari Siri PROTON Design itu didatangkan dalam dua varian iaitu Iriz 1.3 CVT Standard dan Iriz 1.3 CVT Executive.

Ianya ditawarkan pada harga RM44,450 hingga RM49,130 seunit.

PROTON menawarkan hanya 2,000 unit saja bagi kedua-dua varian, dengan tempahan dibuka di semua cawangan PROTON di seluruh negara.

Selain itu, Iriz edisi terhad berkenaan turut ditawarkan dengan rekaan hiasan menarik seperti ‘Honeycomb’ dan ‘The Stripe’.

Bagi rekaan Honeycomb, ia boleh didapati dengan pilihan warna kelabu dan putih, manakala The Stripe pula dengan warna merah dan biru.

Selain tawaran model Iriz edisi terhad, PROTON turut menawarkan diskaun sehingga RM8,000 untuk model terpilih Proton pada bulan ini.






No comments:

Post a Comment