Tuesday, 29 November 2016

#PAU2016 Anggota UMNO Diingatkan Pelihara Kepentingan Rakyat, Kukuhkan Perpaduan - Najib


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Anggota UMNO diingatkan supaya sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.

"Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!," kata Perdana Menteri dalam catatan Facebooknya hari ini.

Beliau turut memuat naik video ucapannya pada perhimpunan sebelum ini, yang antaranya menyentuh aspek perpaduan dan ketabahan parti menghadapi cabaran. Video itu berdurasi tiga minit lima puluh saat.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment