TELOK AIR TAWAR - Keadaan gelap pada waktu malam di Pantai Robina membimbangkan pengunjung di sini.
Kawasan ini sering menjadi tumpuan keluarga untuk melakukan aktiviti bersama dan riadah selain menjamu selera.
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya beberapa tempat seperti taman permainan, medan selera dan di jalan hadapan pantai yang dilengkapi lampu.
Manakala sepanjang kawasan pantai pula dalam keadaan gelap menyebabkan pengunjung yang datang pada waktu malam tidak selesa.
Seorang pengunjung, Ramli Harun, 65, berkata, keadaan gelap sekitar kawasan pantai timbulkan kurang senang kepada orang ramai yang kunjung pada waktu malam.
“Saya selalu berkunjung ke sini bersama keluarga, kami terpaksa duduk berhampiran taman permainan kerana kawasan itu saja yang dilengkapi dengan lampu manakala kawasan lain gelap.
“Sepatutnya kawasan ini dilengkapi lampu sehinggalah ke pantai, kita bimbang binatang berbahaya seperti ular, tambahan pula bagi mereka yang bawa anak kecil untuk berehat,” katanya.
Katanya, Pantai Robina tempat orang ramai bersantai untuk dapatkan angin malam tapi suasana gelap mungkin beri risiko lain pula.
Pengunjung, Norkhamarina Mohd Rizal, 20, berkata, kawasan pantai yang tidak berlampu amat berbahaya sekiranya berlakunya ribut atau hujan lebat.
“Bila jadi ribut, bimbang juga kalau ada pokok tumbang, dengan keadaan kawasan gelap, ia lebih merbahaya.
“Saya selalu datang sini bersama keluarga terutamanya pada hujung minggu, memang teringin sangat nak lihat kawasan di sini terang, jadi kita tak bimbang sangat dengan keselamatan,” katanya.
Sementara itu, Aktivis Masyarakat, Noor Hasni Saad berkata, lampu hanya ada di kawasan tertentu sahaja.
“Kita minta pihak berwajib pasang lampu sepanjang pantai ini supaya keadaan lebih ceria” katanya.
Katanya lagi, kawasan ini berpotensi untuk menjadi kawasan tumpuan masyarakat bukan sahaja pada waktu siang tetapi malam.
“Bila kawasan terang, ibu bapa boleh bawa anak-anak datang, kawasan ini akan jadi hidup dan meriah dan pada masa sama, jenayah boleh dicegah.
“Kita lihat kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang dilengkapi lampu seperti di Padang Kota, Jelutong. Saya juga harapkan kawasan ini turut dilengkapi dengan lampu, seperti itu” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Maimunah Mohd Shariff ketiika dihubungi berkata, pihaknya akan mengkaji mengenai perkara ini dan akan membawa ke dalam mesyuarat nanti.
SH

No comments:
Post a Comment