Saturday, 26 November 2016

Lukisan ZUNAR , Kerajaan DAP Harus Bertanggungjawab !


Pemuda UMNO Pulau Pinang telah bertindak menyerbu aras 3 Komtar semalam apabila satu pameran karikatur oleh pelukis pro pembangkang Zunar diadakan.Tindakan pantas Pemuda UMNO Pulau Pinang itu berakhir dengan lukisan-lukisan yang jelas bermotifkan politik fitnah dan usaha mengaibkan kerajaan serta kepimpinan negara tersebut diturunkan.

Satu usaha daripada Pemuda UMNO Pulau Pinang yang sepatutnya dipuji kerana pameran yang mendapat sokongan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang itu jelas sengaja diadakan bagi menyemai kebencian selain tindakan bersifat menghina.

Pembangkang nampaknya masih tidak berubah dan segala tindak tanduk mereka masih lagi berdasarkan kepada menyemai politik kebencian memandangkan apa jua yang dimomokkan melalui karikatur tersebut sebenarnya hanyalah berbentuk tuduhan selain fitnah yang cuba diadu domba supaya rakyat terus membenci kerajaan.

Menjadi persoalan kenapa agaknya kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mengambil kira peranan mereka sebagai sebuah kerajaan negeri yang sepatutnya lebih peka dengan isu-isu sebegini yang boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dikalangan rakyat.

Mereka sepatutnya menolak aktiviti-aktiviti sedemikian sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng benar-benar Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Dimana ketelusan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam memupuk nilai-nilai perpaduan sesama rakyat sekiranya pameran sinis bermotifkan politik disokong dan didokong ?

Sedarkah kerajaan DAP Pulau Pinang , menyokong pameran karikatur itu dengan hanya beralasan kononnya ia hanya sebuah pameran kartun adalah satu alasan yang cukup dangkal apatah lagi kesemua karikatur-karikatur tersebut bukan sahaja menghina secara sinis malah dengan jelas terarah memfitnah Perdana Menteri Malaysia.

Hampir kesemua karikatur tersebut berdasarkan emosi politik yang keterlaluan memandangkan isu-isu yang cuba diketengahkan oleh pelukis jijik Zunar itu adalah isu politik yang langsung tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuklah di mahkamah.

Apa jua alasan bagi mempertahankan pameran tersebut oleh mana-mana pihak sekalipun ia hanyalah tindakan politik yang dilihat lebih kepada mengampu kepimpinan Guan Eng dan DAP tidak lebih dari itu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang harus bertanggungjawab terhadap tindakan jijik ini dan pelukis Zunar perlu dihadapkan ke muka pengadilan kerana tindakan kedua-dua pihak ini samalah dengan tindakan memfitnah secara terang-terangan.

No comments:

Post a Comment