Sunday 6 November 2016

Lim Guan Eng minta sokong Kon Yeow sebagai Ketua Menteri



6 NOV: Lim Guan Eng hari ini meminta konvensyen ke-50 parti itu untuk menyokong cadangan beliau agar Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengambil alih tugas Ketua Menteri Pulau Pinang daripada beliau.

Setiausaha Agung DAP itu berkata cadangan itu wajar jika Beliau disabitkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bagan itu mengaitkan perkara itu sebagai serangan Barisan Nasional (BN) kepada beliau.

“Kita akan pertahankan DAP dan Pulau Pinang dari BN bersama-sama sebagai satu pasukan, satu roh dan satu parti! Terima kasih,” katanya lagi.

Guan Eng kini berdepan dua tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.

Kes tersebut akan disebut buat kali kedua pada 6 Disember ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, Chow kemungkinan besar akan menggantikannya untuk jawatan tersebut jika beliau disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan rasuah berkenaan.

Sebelum ini, Kon Yeow selaku Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri telah disebut-sebut untuk menggantikan Guang Eng sebagai Ketua Menteri jika dia didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Guan Eng berkata, walaupun masalah yang sama berulang dalam Pakatan Harapan, DAP masih yakin dengan masa depan Pulau Pinang yang diketuai oleh pakatan tersebut.

No comments:

Post a Comment