Thursday, 17 November 2016

Kerajaan Pulau Pinang menggunakan duit semaksimum mungkin untuk cari sokongan rakyat supaya popular.


Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, kerajaan Pulau Pinang terlalu bersifat populis, menggunakan duit semaksimum mungkin untuk cari sokongan rakyat supaya popular.

“Kononnya Pulau Pinang negeri kebajikan, sedangkan ia banyak memberikan efek negatif kepada kesihatan ekonomi negeri itu,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, kerajaan negeri tersebut menyerlahkan sikap dwistandard kerana menuduh Kerajaan Barisan Nasional (BN) menabur ‘dedak’ seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BRIM) untuk memikat hati rakyat.

“Sedangkan Kerajaan Pulau Pinang jauh lebih ekstrim dalam hal tabur dedak kepada rakyat. Menjual aset-aset kerajaan untuk mendapatkan duit tunai untuk diberi kepada rakyat menjadi punca kepada defisit berlarutan,” katanya.

Semua ini katanya menjadikan belanjawan yang dibentangkan bersifat tidak berhemah dan ‘berlagak’ kerana berbelanja di luar keupayaan sebenar semata-mata untuk tujuan kepentingan politik.-UO

No comments:

Post a Comment