Monday 7 November 2016

Kenapa bukan Rashid atau Ramasamy?


7 NOV : Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng mempersoal tindakan Lim Guan Eng yang menamakan Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow sebagai penggantinya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang baharu.

Menurut Teck Meng, ini kerana jawatan tersebut seharusnya diganti oleh timbalannya dimana dua orang timbalan beliau adalah terdiri daripada bangsa Melayu dan India.

Namun, Guan Eng lebih cenderung untuk memilih bangsanya sendiri bagi meneruskan legasi pentadbiran rasis di Pulau Pinang.

“Dia ada timbalan, seorang India dan seorang lagi Melayu, kenapa tak lantik dari mereka, kenapa mesti DAP juga? Adakah kerana dia adalah seorang Cina?

“Melayu dan India tak layak? Apa gunanya dua orang timbalan itu? Dua-dua nampak tidak ada kepercayaan dari dia sendiri? Itu harus beliau jawab,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Guan Eng yang melantik Kon Yeow untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ia adalah berikutan skandal banglo di Jalan Pinhorn dan tanah Taman Manggis yang dibeli Guan Eng di bawah harga pasaran dan berkemungkinan beliau akan dipenjara atas tindakan tersebut.

No comments:

Post a Comment