Sunday, 20 November 2016

Isu Jerejak , 5 Soalan Untuk Kerajaan DAP Pulau Pinang


Sebelum ini PenangKini sudah pun memuat naik artikel berkaitan pembangunan Pulau Jerejak yang kini menjadi agenda terbaru kerajaan DAP di Pulau Pinang.Selain daripada gagal memberikan maklumat lengkap dan kenyataan yang mampu memuaskan hati warga Pinang Pinang , kerajaan DAP sebaliknya cuba menuding jari kepada kerajaan persekutuan kononnya pembangunan tersebut turut melibatkan agensi di peringkat persekutuan.

Baca artikel berkaitan http://www.penangkini.com/2016/11/apakah-bumiputera-berpeluang-jejak-kaki.html

Banyak persoalan timbul apabila cadangan untuk membangunkan Pulau Jerejak ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan agak mencemaskan warga Pulau Pinang apabila "track record" kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menangani hal melibatkan pembangunan di negeri itu selalunya akan menyebabkan berlakunya kesan-kesan sampingan sama ada terhadap kawasan mahupun warga Pulau Pinang itu sendiri.

Sebagai contoh isu meratakan kawasan bukit bagi memberikan laluan kepada pembinaan projek-projek mewah.Akibat daripada tindakan tanpa pemantauan itu akhirnya warga Pulau Pinang telah menerima musibahnya.

Bukan sahaja harga bagi tiap pembangunan itu mencecah nilai jutaan ringgit malah ia turut menafikan hak warga Pulau Pinang sehingga banyak pegangan hak milik rumah-rumah mewah dan tanah kini dimiliki oleh pihak luar.

Tidak cukup dengan itu akibat daripada kerakusan ini maka berlakunya banjir kilat yang menyebabkan ribuan warga Pulau Pinang terjejas teruk.

Inilah yang paling ditakuti oleh warga Pulau Pinang , ketidakyakinan mereka terhadap keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang sudah mencapai tahap kritikal kerana diakhirnya nanti merekalah yang bakal menerima kesannya.

Berbalik kepada isu melibatkan Pulau Jerejak yang kini semakin panas dek perancangan yang dilihat banyak pihak penuh dengan agenda berkepentingan maka Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang , Dato' Sri Zainal Abidin Osman telah mengemukakan 5 persoalan yang harus di jawab oleh pihak kerajaan DAP Pulau Pinang.

1.Adakah pembangunan seluas 80 ekar yang telah diluluskan akan ditambah dan disusuli lagi dengan aktiviti penambakan laut di kawasan tersebut ?

2.Status hutan simpan Pulau Jerejak yang hendak diwartakan sejak dari 2008 , bila akan dilaksanakan ?

3.Adakah Ideal Group banyak lagi terlibat dengan pembangunan hartanah yang bersangkutan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang atau agensi di bawahnya ?

4.Adakah harga jualan Equity PDC berdasarkan tanah pajakan 46 tahun atau "leasehold" 99 tahun atau "freehold" ?

5.Komponen pembangunan di Pulau Jerejak , adakah ada perancangan pembinaan rumah kos rendah , kos sederhana rendah atau rumah mampu milik ?

Kesemua persoalan ini perlu dijawab dengan kadar segera oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya mereka benar-benar berpegang kepada dasar Cekap , Akauntibiliti dan Telus yang mereka sendiri war-warkan.

No comments:

Post a Comment