Monday, 21 November 2016

Hasil tangkapan nelayan semakin kurang


 Hasil tangkapan nelayan Pulau Pinang menurun, demikian dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid.

"Nelayan kita makin merana, tangkapan ikan laut pesisir pantai menurun dengan banyak sebab laut berkelodak," katanya ketika sidang media di Dewan Undangan Negeri (Dun), Padang Kota Lama, hari ini.

Beliau berkata, keadaan pantai berkelodak disebabkan kerja tambak yang semakin menjadi-jadi.

"Memang saya terima aduan daripada nelayan Bagan Ajam bahawa hasil tangkapan mereka teruk, malah nelayan di bahagian selatan juga bimbang dengan tambakan berhampiran Pulau Jerejak," katanya.

Jahara turut mendakwa hasil tangkapan termasuk ketam, udang dan bawal juga semakin menurun.

"Pada masa depan kita mungkin akan melihat sektor perikanan kita terpaksa bergantung sumber luar seperti Thailand," katanya.

sinar harian

No comments:

Post a Comment