BUKIT BENDERA, 2 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata, Dap sepatutnya malu apabila cuba menyalahkan kerajaan pusat berkaitan isu banjir kilat yang melanda negeri pimpinan mereka iaitu Pulau Pinang.
Jelasnya, jika Dap sanggup membazir sebanyak RM305 juta hanya untuk membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut maka kenapa Dap tidak sanggup mengeluarkan bajet untuk dana tebatan banjir sedangkan kerajaan negeri mempunyai simpanan tunai melebihi RM1 billion.
banjir-di-pulau-pinang“Kerana takut imej mereka tercalar maka seperti biasa Dap akan meletakkan kesalahan terhadap kerajaan pusat pimpinan BN… kerajaan pusat pula dijadikan kambing hitam…
“Mereka ingat rakyat khususnya di Pulau Pinang ini bodoh dan tidak mampu berfikir. Jika Dap sanggup membayar jumlah untuk kajian torowong itu tidak masuk akal dan kini tidak tahu penghujungnya jadi mengapa demi kepentingan rakyat mereka tidak sanggup mengeluarkan dana.
“Adakah masa hadapan rakyat ini tidak penting untuk mereka dan hanya menjadi tangungjawab kerajaan pusat? Mungkin kerana kepentingan rakyat tidak mendatangkan keuntungan untuk mereka maka apa jadipun mereka tidak akan peduli,” ujarnya
Selain itu tambah Rafizal, Dap juga sepatutnya sedar diri kerana sebelum ini mereka juga memomokkan rakyat kononnya kerajaan pusat bakal bankrap tetapi kini mereka pula terhegeh-hegeh meminta dana untuk tebatan banjir.
“Asal yang buruk semua ditujukan kepada kerajaan pusat… yang baik dan mulia semua mereka… seperti sudah menjadi resam bermuka tebal, orang yang mereka keji dan hina itu jugalah tempat mereka mohon bantuan dan bila tidak diberi akan dijaja kononnya diskriminasi sebab negeri mereka negeri pembangkang,” katanya lagi.
Justeru itu beliau berharap rakyat membuka mata dan menilai sendiri perangai buruk Dap yang sama sekali tidak layak untuk terus diberi kepercayaan membela nasib rakyat.
Baru-baru ini pengerusi Dap Pulau Pinang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow, menyalahkan kerajaan pusat berkaitan banjir di negeri itu kononnya kerajaan pusat telah menghalang mereka dari mendapatkan dana tebatan banjir Sungai Pinang berjumlah RM350 juta sejak tahun 2008 lagi.
No comments:
Post a Comment