Wednesday 2 November 2016

Dakwaan Rafizi tidak berasas, Tabung Haji Kukuh

Lembaga Tabung Haji, TH menegaskan bahawa pihaknya tidak berselindung dalam memberikan fakta kewangan dalam Laporan Tahunan TH bagi tahun 2015.

Malah laporan kewangan TH mendapat sijil auditan bersih daripada Jabatan Audit Negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah berkata, TH mampu membayar keseluruhan pengeluaran wang pendeposit jika diminta kerana nilai aset boleh direalisasi berjumlah RM64.74 bilion sehingga 31 Disember 2015.

Manakala lebihan aset bersih pula bernilai RM1.44 bilion pada tempoh sama.

Jumlah simpanan bersih pendeposit adalah sebanyak RM4.97 bilion sehingga 31 Disember 2015.

Datuk Johan berkata demikian pada sidang media berhubung isu kedudukan kewangan TH sebentar tadi.

Beliau sekaligus menepis dakwaan TH tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua pendepositnya.

Jelas beliau lagi, pihaknya bimbang dakwaan tidak tepat terhadap TH akan menyebabkan orang awam keliru dan mengeluarkan wang pendeposit menyebabkan mereka kehilangan giliran menunaikan haji seperti yang berlaku sebelum ini.

Pembayaran bonus TH adalah dari keuntungan TH dan bukan dari peningkatan simpanan bersih pendeposit.

No comments:

Post a Comment